fbpx

Kami percaya bahawa penjagaan pesakit strok di rumah memerlukan komitmen yang tinggi dari ahli keluarga dan ianya sangat mencabar Kami faham situasi Kita Sama-Sama Jaga Bantu saya jaga anda, Kami boleh bantu.

Home SSJ

Penjaga yang terlatih

Booking yang fleksibel
dan mengikut masa anda

Kualiti penjagaan di rumah
seakan hospital

10 +

Tahun Pengalaman

Kami bersedia untuk anda.
kita sama-sama jaga.

Misi kami di SamaSamaJaga ialah untuk meningkatkan kualiti panjagaan nursing di rumah agar proses penyembuhan pesakit berlaku pada kadar optimum. Kami menjaga pesakit seperti sakit strok, kencing manis, darah tinggi, jagaan selepas pembedahan dan warga emas yang uzur.

Anda selaku anak atau ahli keluarga pesakit tidak perlu runsing dan serabut memikirkan tentang isu ingin berhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji yang panjang kerana kami sentiasa ada dan akan menolong anda menjaga keluarga yang sakit ketika anda sedang bekerja. Keluarga anda keluarga kami juga, kita sama-sama jaga.

Kami menawarkan perkhidmatan
yang terbaik untuk anda

Pakej perkhidmatan Jagaan Bersama (JB) boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu JB Asas dan JB Kompleks. Penjagaan Asas terdiri daripada bantuan mandi di bilik air/katil, pemberian makanan/ubatan, fisio ringan dan khidmat peneman. Manakala penjagaan Kompleks adalah dimana melibatkan prosedur-prosedur seperti penukaran tiub (makan/kencing) atau penyedutan kahak melalui saluran pernafasan.

Proses Tempahan Menerusi
Platfom SamaSamaJaga

01
Tempahan melalui Whatsapp
Anda tanya kami jawab
02
Video Konsultasi Secara Percuma
Sesi video akan diadakan sebelum penjaga dihantar ke rumah
03
Pembukaan akaun di platform kami
Butiran login akan dihantar melalui email. Segala informasi mengenai penjaga, maklumat jagaan, invois dan bayaran boleh dilakukan di sini
04
Kita SamaSamaJaga
Biar kami bantu jaga insan yang tersayang di rumah bersama anda

Kini, Anda Tidak Lagi Perlu Runsing Tentang Penjagaan Ahli Keluarga Yang Terlantar Sakit Di Rumah.

SamaSamaJaga ialah platform yang menawarkan perkhidmatan jagaan pesakit di rumah. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam industri kesihatan, pasukan kami berazam ingin memberikan jagaan yang terbaik dan berkualiti seakan di hospital kepada ahli keluarga anda yang sakit di rumah sementara anda mengambil sedikit masa untuk berehat atau keluar bekerja. Menjadi kewajiban sebagai seorang anak untuk memudahkan urusan ahli keluarga terutama ketika sakit dan kami ingin berada ada bersama anda untuk tujuan itu. Keluarga anda, keluarga kami juga.

Apa Kata Mereka
Mengenai SamaSamaJaga

Perkhidmatan jagaan dirumah yang sangat berkualiti. Two thumbs up!!

En Ahmad Faiz

Penjaga yang dihantar sangat mesra dan serasi dengan ibu kami. Jagaan yang diberi sangat memuaskan disamping gunaan aplikasi yang memudahkan kami untuk tahu tentant keadaan ibu kami secara live. Pasukan SSJ memberi perkhidmatan yang saya mahu disaat memerlukan. Terima kasih SSJ!

Puan Rohaya

Borak dengan kami untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan pakej Jagaan Bersama

Nak tanya, Sama Sama Jaga ada pusat jagaan harian atau nursing home tak?

Di Sama Sama Jaga, kami tidak mempunyai pusat jagaan atau nursing home bagi membolehkan anda menghantar warga emas yang memerlukan penjagaan yang rapi.

Tetapi kami menyediakan senarai panjang rumah jagaan yang ada di Malaysia bagi memudahkan anda untuk memilih yang mana bersesuaian dengan lokasi, kemudahan yang ditawarkan dan harga.

Semoga maklumat ini dapat memudahkan anda dan keluarga memilih rumah jagaan yang terbaik.

Listing

200 +

Rumah Jagaan Untuk Anda Bandingkan