fbpx

Home SSJ

Penjaga yang berkualiti
dan terlatih

Tempahan yang fleksibel
dan mengikut masa anda

Penjagaan mengikut
piawaian terkini

10 +

Tahun Pengalaman

Kenapa pilih kami?

Di Sama Sama Jaga, misi kami jelas sejak awal penubuhan: untuk menyediakan perkhidmatan yang memberikan ketenangan fikiran kepada keluarga yang memerlukan. Sebagai pengasas, saya memahami cabaran dan kebimbangan yang timbul dalam mencari perkhidmatan penjagaan yang boleh dipercayai dan berkualiti.

Oleh itu, kami telah membentuk satu pasukan yang berdedikasi dan berkongsi komitmen dalam mencapai kualiti dan kecemerlangan. Kami mengambil langkah tambahan untuk memastikan setiap JagaRangers yang kami pilih, dilatih, dan bersijil, memberikan anda keyakinan bahawa orang yang anda sayang (ibu dan ayah) berada dalam jagaan yang terbaik.

Kepada kami, kepercayaan anda adalah segalanya, dan kami sedia menjaga bersama. Rasailah perbezaannya dengan Sama Sama Jaga – di mana kualiti dan empati menjadi satu .

Kami menawarkan perkhidmatan
yang terbaik untuk anda

Pakej perkhidmatan Jagaan Bersama (JB) boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu 1) Short term dan 2) Long term yang berbeza dari segi jumlah sesi dan hari . Penjagaan Asas terdiri daripada bantuan mandi di bilik air/katil, pemberian makanan/ubatan, fisio ringan dan khidmat peneman. Manakala penjagaan Kompleks adalah dimana melibatkan prosedur-prosedur seperti penukaran tiub (makan/kencing) atau penyedutan kahak melalui saluran pernafasan. Pesan hari ini, tenang esok hari.

Proses Tempahan Menerusi
Platfom SamaSamaJaga

01
Pertanyaan melalui Whatsapp
Hubungi kami melalui pautan Whatsapp
02
Tempahan
Isi borang beserta maklumat untuk tempahan
03
Pendaftaran akaun di platform kami
Butiran login akan dihantar melalui email. Segala informasi, invois dan bayaran boleh dilakukan melalui webapp kami
04
Penjaga SSJ sampai
Penjaga kami akan sampai mengikut hari dan masa tempahan dibuat

Kini, Anda Tidak Lagi Perlu Runsing Tentang Penjagaan Ahli Keluarga Yang Terlantar Sakit Di Rumah.

SamaSamaJaga ialah platform yang menawarkan perkhidmatan jagaan pesakit di rumah. Berbekalkan pengalaman yang luas dalam industri kesihatan, pasukan kami berazam ingin memberikan jagaan yang terbaik dan berkualiti seakan di hospital kepada ahli keluarga anda yang sakit di rumah sementara anda mengambil sedikit masa untuk berehat atau keluar bekerja. Menjadi kewajiban sebagai seorang anak untuk memudahkan urusan ahli keluarga terutama ketika sakit dan kami ingin berada ada bersama anda untuk tujuan itu.

Keluarga anda, keluarga kami juga.

Apa Kata Mereka
Mengenai SamaSamaJaga

Perkhidmatan jagaan dirumah yang sangat berkualiti. Two thumbs up!!

En Ahmad Faiz

Penjaga yang dihantar sangat mesra dan serasi dengan ibu kami. Jagaan yang diberi sangat memuaskan disamping gunaan aplikasi yang memudahkan kami untuk tahu tentant keadaan ibu kami secara live. Pasukan SSJ memberi perkhidmatan yang saya mahu disaat memerlukan. Terima kasih SSJ!

Puan Rohaya

Borak dengan kami untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai harga dan pakej Jagaan Bersama

Pesan hari ini, tenang esok hari ☺️