Soalan Lazim

Saya perlukan khidmat penjaga..

Boleh kongsi serba sedikit mengenai SamaSamaJaga?

SamaSamaJaga ialah syarikat yang berdaftar di bawah SSM (Malaysia) yang menawarkan khidmat penjagaan pesakit di rumah khususnya bagi pesakit strok. Anda boleh mencari penjaga yang bertauliah melalui platform kami dan akan dihantar ke rumah anda mengikut tarikh/masa yang anda mahukan.

Adakah penjaga yang dihantar itu bertauliah?

Penjaga di SamaSamaJaga merupakan graduan Kejururawatan yang mempunyai latihan asas dalam penjagaan pesakit. Mereka yang bersama SamaSamaJaga akan melalui proses pemilihan yang merangkumi latihan, perperiksaan dan ujian personaliti sebelum dipadankan dengan pesakit di rumah.

Boleh terangkan dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan Jagaan Bersama?

Perkhidmatan Jagaan Bersama adalah modul khas yang dibangunkan oleh Pasukan SamaSamaJaga untuk membantu keluarga dalam penjagaan pesakit strok di rumah. Modul ini merangkumi jagaan asas seperti mandi, memberi makanan, mengambil bacaan asas vitals seperti tekanan darah, bacaan gula dan suhu badan.

Di samping itu, penjaga kami juga akan melakukan senaman/fisioterapi ringan berdasarkan jadual yang disediakan. Kesemua maklumat mengenai apa yang dilakukan oleh penjaga kami akan dikongsikan dengan ahli keluarga melalui aplikasi di laman web kami.

Pada setiap akhir bulan, pasukan perubatan kami akan meneliti data / maklumat mengenai pesakit strok tersebut dan akan memberi laporan untuk melihat progres pesakit.

Objektif utama kami ialah kami mahukan recovery pesakit strok meningkat dari satu tahap ke tahap yang lain (dari keadaan perlukan bantuan penuh kepada separa penuh dan seterusnya berupaya menguruskan diri dengan sendiri) dalam masa yang terdekat.

Berapa lama tempoh perkhidmatan Jagaan Bersama yang ditawarkan?

Kami menawarkan 3 tempoh perkhidmatan bermula dari 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan. Perkhidmatan yang dijangka melebihi 6 bulan akan dibincang dengan lebih lanjut bersama ahli keluarga.

Adakah penjaga sama yang akan dihantar atau berubah setiap hari/minggu?

Sebaiknya kami akan mengekalkan penjaga yang sama untuk setiap pesakit mengikut tempoh perkhidmatan yang diperlukan. Tetapi, dalam keadaan kecemasan di mana penjaga kami terpaksa mengambil emergency leave atas faktor kesihatan atau masalah lain, pihak SamaSamaJaga akan mencari pengganti secepat mungkin. Jika penjaga kami tak dapat mengambil slot tersebut, pihak SamaSamaJaga akan refund / deduct dari pembayaran yang dibuat mengikut jumlah hari yang tidak ada penjaga.   

Boleh kami cuba dulu perkhidmatan ini secara percuma?

Iya, kami ada menawarkan tempoh percubaan secara percuma. Boleh hubungi kami di [email protected] atau menelefon kami di 0327879152 untuk proses seterusnya

Berapakah harga perkhidmatan Jagaan Bersama dan bagaimana proses pembayaran?

Kami ada menyediakan kalkulator untuk pengiraan secara anggaran di https://samasamajaga.com/service/jagaanbersama/

Kami mengambil deposit 50% untuk minggu pertama bulan tersebut dan baki 50% akan dibayar pada minggu terakhir bulan yang sama. Pembayaran boleh dibuat melalui online transfer atau kad kredit.

Bolehkah kami ahli keluarga berkongsi dalam membuat pembayaran?

Kami dalam proses menyediakan sistem untuk ahli keluarga sama-sama membayar jumlah harga bagi perkhidmatan Jagaan Bersama kerana kami percaya dengan nilai kebersamaan dalam keluarga. Harapan kami, berat akan sama dipikul dan ringan akan sama dijinjing.

Kami lebih selesa menghantar ke rumah jagaan orang tua. Pihak SamaSamaJaga ada sediakan rumah/pusat jagaan?

Buat masa ini kami tidak menyediakan rumah atau pusat jagaan tetapi kami ada menyediakan senarai rumah/pusat jagaan untuk rujukan anda supaya anda dapat memilih yang terbaik untuk ahli keluarga anda.

Ini adalah pautan yang dimaksudkan;

https://nursinghome.samasamajaga.com

Saya ingin menjadi penjaga..

Saya layak ker?

Untuk pengetahuan anda, semua orang berkelayakan untuk menjadi penjaga dan sebaiknya ahli keluarga pesakit itu sendiri kerana ia boleh dilatih. Tetapi, buat masa ini pihak SamaSamaJaga hanya mengambil graduan lepasan Kejururawatan atau Penolong Pembantu Perubatan sahaja.

Saya berminat dan saya seorang graduan Kejururawatan

Pertamanya jika anda berminat, anda boleh menghubungi kami di [email protected] atau mengisi borang di pautan ini Borang Penjaga

Sejurus selepas itu, pihak kami akan menghubungi anda melalui email untuk mengaturkan sesi latihan bersama pasukan SamaSamaJaga. Sesi tersebut merangkumi crash-course atau ulangkaji mengenai asas-asas menjagaan pesakit menggunakan modul kami beserta penggunaan sistem aplikasi SamaSamaJaga ketika menjalankan tugas.

Hanya selepas sesi tersebut, barulah anda dikira bersedia untuk dihantar ke rumah pesakit strok.

Saya ada kerja shift di Hospital/Klinik, boleh saya turut serta SamaSamaJaga secara part-time?

Perkhidmatan Jagaan Bersama akan berlangsung dari 7.30 pagi – 5.30 petang, selama 5 hari (Isnin – Jumaat) dan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pembeli sama ada 1 bulan, 3 bulan atau 6 bulan. Maka jika anda mempunyai kerja tetap / shift di Hospital, ini akan memberi cabaran kepada anda untuk mengagihkan masa tanpa memberi kesan kepada kerja hakiki anda.

Kalau macam tu, siapa yang benar-benar sesuai untuk turut serta?

Sasaran kami ialah graduan Kejururawatan yang baru tamat diploma/degree dan masih lagi menunggu penempatan di Hospital. Kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Kolej/Universiti sementara menunggu di samping dapat menjana pendapatan tambahan.

Adakah saya akan berkhidmat secara tetap?

Tidak. Anda hanya akan terikat secara kontrak dengan tempoh masa yang dibayar oleh pengguna perkhidmatan Jagaan Bersama (1 bulan – 6 bulan).

Saya mendapat penempatan di Hospital secara mengejut tetapi saya masih lagi di dalam kontrak SamaSamaJaga. Apa yang patut saya buat?

Tiada masalah, anda boleh melapor diri di Hospital seperti yang tertera dalam surat penempatan. Pihak SamaSamaJaga akan memaklumkan hal ini kepada pengguna dan penjaga yang baru akan dihantar ke rumah mereka.

Berapakah bayaran yang saya akan terima?

Anda akan terima bayaran dalam linkungan RM2,400 – RM2,800 sebulan. Pembayaran pertama akan di buat pada minggu pertama dan baki akan di bayar pada minggu terakhir bulan tersebut. Jika anda terpaksa mengambil cuti atas urusan kecemasan/peribadi, bayaran akan berkurangan berdasarkan jumlah hari yang anda tidak dapat bekerja.

Bolehkah saya nk kerja secara kontrak dengan SamaSamaJaga untuk jangka masa panjang?

Tiada masalah cuma kami mengambil kira niat/impian setiap graduan Kejururawatan yang ingin berkhidmat di Hospital. Maka atas sebab itu, kami hanya mengikat kontrak berdasarkan tempoh masa yang pengguna bayar untuk perkhidmatan Jagaan Bersama. Tetapi, jika anda sudah membuat hubungan baik dengan keluarga pesakit dan mereka pun mahukan perkhidmatan anda untuk jangka masa yang panjang, kami amat mengalu-alukan.