Apabila seseorang diserang strok, setiap minit amatlah penting. Jika kita mengetahui tanda-tanda strok, tindakan awal dan cepat dapat dilakukan dan boleh menyelamatkan nyawa kita, ahli keluarga atau orang lain. Tanda-tanda strok dapat disimpulkan seperti dibawah;
B | Balance (Imbangan) | -Badan hilang imbangan secara tiba-tiba -Sukar untuk berjalan -Rasa kebas secara tiba-tiba di sebelah badan |
E | Eye (Mata) | -Penglihatan mata menjadi kabur secara tiba-tiba |
F | Face (Muka) | -Muka kelihatan tidak sekata seperti lumpuh sebelah -Pesakit rasa kebas pada sebelah bahagian muka |
A | Arm (Lengan) | -Pesakit tidak boleh memegang atau mengangkat barang -Sebelah lengan tidak boleh diangkat dan lemah |
S | Speech (Percakapan) | -Sukar untuk bercakap dan tidak jelas -Percakapan pesakit tidak difahami, tidak tersusun dan tiada maksud -Tidak memahami percakapan orang lain -Sukar untuk menelan |
T | Time (Masa) | -Hubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan |
Rawatan awal untuk penyakit strok adalah sangat penting. Time is brain.
Penyelidik dari UCLA
Untuk pengetahuan pembaca, terdapat dua jenis penyakit strok iaitu strok jenis iskemia dan jenis berdarah. Mari kita perhatikan beza kedua-dua jenis strok ini.
Strok Iskemia |
Aliran darah mengurang secara mendadak disebabkan saluran darah tersumbat dari bahagian dalam Sekatan yang berlaku disebabkan oleh mendapan bahan-bahan berlemak di dalam saluran darah Darah beku terhasil disebabkan mendapan bahan-bahan berlemak menghalang aliran darah ke otak Darah beku boleh terjadi di dalam otak dan boleh dibawa dari bahagian badan yang lain seperti dari saluran darah di leher |
Strok Berdarah |
Saluran darah pecah dan menyebabkan darah bocor di dalam otak Saluran yang yang pecah mengakibatkan pendarahan di dalam otak atau di kawasan sekeliling otak Pendarahan menyebabkan pembengkakan dan komplikasi |
Apabila salah seorang ahli keluarga diserang strok, rawatan awal perlu dibuat bagi mengelakkan kerosakan otak. Jika kerosakan otak berlaku, dimana otak tidak mendapat bekalan oksigen dan sel-sel otak akan mula mati. Hal ini menyebabkan anggota badan yang dikawal oleh otak tidak dapat berfungsi dan menyebabkan pesakit hilang keupayaan pada anggota badan tersebut. Antara tindakan dan rawatan awal yang boleh dibuat oleh ahli keluarga:
- Segera membawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan
- Baringkan pesakit di tempat duduk belakang kereta dengan kaki dibengkokkan supaya lebih banyak bekalan oksigen dibekalkan ke otak
- Tidak memberi apa-apa makanan, air atau ubat-ubatan kepada pesakit untuk mengelakkan keadaan pesakit lebih serius
- Jika pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah pesakit daripada masuk ke dalam saluran penafasan pesakit
- Membawa dan memberikan kepada doktor ubat-ubatan dan rekod kesihatan pesakit
Rawatan Pesakit Strok
Rawatan untuk pesakit strok pula bergantung pada jenis strok yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah rawatan awal untuk pesakit strok boleh diamalkan berdasarkan Panduan Pengendalian Strok sebelum dihantar ke bahagian Kecemasan.
- Pertolongan cemas
A | Airway (Saluran Pernafasan) | Pastikan tiada gangguan atau sekatan di saluran pernafasan pesakit |
B | Breathing (Pernafasan) | Pastikan pesakit masih boleh bernafas |
C | Circulation (Peredaran darah) | Periksa nadi pesakit untuk memastikan peredaran darah pesakit |
D | Disability (Ketidakupayaan) | Mengenalpasti ketidakupayaan pesakit alami |
E | Exposure (Pendedahan) | Mengenalpasti jika ada kecederaan di bahagian badan pesakit |
2. Paras Gula dan Tekanan Darah
Pemeriksaan paras gula dalam darah dan tekanan darah pesakit dilakukan untuk memastikan berada pada paras yang selamat
3. Pemeriksaan Kebolehan Menelan (Swallow Screening)
Pesakit dikehendaki berpuasa sehingga pemeriksaan kebolehan menelan dijalankan
4. Menjalani Ujian Pengimejan Kecemasan (Emergency Imaging)
Pesakit strok yang tiba di bahagian Kecemasan akan menjalani ujian pengimejan kecemasan (Emergency Imaging) dengan CT Scan untuk memastikan pesakit menghidap strok iskemik atau strok berdarah.