fbpx

Monthly Archives: October 2022

Penjaga Orang Tua di Rumah

Jika anda merupakan ahli keluarga yang dalam dilema untuk menjaga orang tua sendiri atau mengupah penjaga orang tua di rumah, berikut merupakan 5 tanda-tanda anda memerlukan penjaga:

  1. Kekangan masa

Bagi mereka yang bekerja pasti sukar untuk membahagikan masa kerana komitmen kerja. Ada di antara mereka yang mengambil cuti panjang dan ada juga terpaksa berhenti kerja. Pada zaman kini, tidak relevan untuk berhenti kerja kerana menjejaskan sumber pendapatan isi rumah. Jadi timbul isu dimana perlu bekerja dan dalam masa yang sama tanggungjawab untuk menjaga orang tua di rumah. 

  1. Tidak berpengalaman

Jika yang orang tua atau ahli keluarga yang menghidap strok atau dementia pasti anda akan mengalami kesukaran dalam menguruskan mereka. Hal ini kerana diri pesakit sendiri yang telah berubah secara fizikal dan mental disebabkan oleh penyakit mereka. Tanpa ilmu yang betul dalam menjaga pesakit pasti akan memberi tekanan ketika menjaga pesakit. 

  1. “Burn-out”

Dalam menguruskan orang tua terutama yang terlantar di katil, pasti lama kelamaan akan berasa “burn-out”.

Hal ini, boleh difahami kerana rutin harian yang sama dan faktor persekitaran. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik Jírů-Hillmann dan kumpulannya mendapati majoriti ahli keluarga mahu menjaga pesakit itu sendiri tetapi dalam masa yang sama mereka berisiko untuk “burn-out” dan akan menjejaskan kesihatan diri sendiri. Menurut hasil kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Disease Prevention, sokongan oleh pakar kesihatan akan mengurangkan tekanan. Corak sokongan ini dan penjagaan jangka panjang dapat meringankan beban ahli keluarga amat diperlukan.

  1. Tinggal berasingan dan jauh

Bagi ahli keluarga yang tinggal berasingan dan jauh pasti tidak mudah untuk mereka menjaga dan memantau keadaan kesihatan orang tua mereka kerana terikat dengan pelbagai komitmen dan tidak mampu untuk berulang-alik ke kampung. Mereka pasti memerlukan bantuan orang yang terdekat seperti penjaga orang tua untuk menjaga dan memastikan orang tua mereka berada dalam keadaan selamat dan terurus.

  1. Lebih percaya kepada penjaga profesional

Apabila mendapat penjagaan yang betul dari penjaga profesional, ini akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan boleh kembali aktif atau sekurang-kurangnya boleh menguruskan diri sendiri. Seperti contoh seorang doktor yang mempunyai ciri empati terhadap pesakit akan membantu pesakit berfikiran terbuka dan mematuhi pelan rawatan dengan lebih baik serta peluang untuk sembuh.

Menurut penyelidik David Rakel dari Universiti Mexico, ciri-ciri penjaga orang tua yang memberikan harapan, kepercayaan, kebijaksanaan, berterima kasih dan saling menghormati membantu dalam proses penyembuhan.

Jika anda membuat keputusan untuk mengupah penjaga orang tua di rumah tidaklah menjadikan anda seorang anak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mampu menjaga orang tua sendiri.