fbpx

Kenali Penyakit Strok

Apabila seseorang diserang strok, setiap minit amatlah penting. Jika kita mengetahui tanda-tanda strok, tindakan awal dan cepat dapat dilakukan dan boleh menyelamatkan nyawa kita, ahli keluarga atau orang lain. Tanda-tanda strok dapat disimpulkan seperti dibawah; 

Sumber dari Google.com
B
 Balance (Imbangan) 
-Badan hilang imbangan secara tiba-tiba 
-Sukar untuk berjalan 
-Rasa kebas secara tiba-tiba di sebelah badan 
EEye (Mata)-Penglihatan mata menjadi kabur secara tiba-tiba
FFace (Muka)-Muka kelihatan tidak sekata seperti lumpuh sebelah
-Pesakit rasa kebas pada sebelah bahagian muka
AArm (Lengan)-Pesakit tidak boleh memegang atau mengangkat barang 
-Sebelah lengan tidak boleh diangkat dan lemah
SSpeech (Percakapan)-Sukar untuk bercakap dan tidak jelas
-Percakapan pesakit tidak difahami, tidak tersusun dan tiada maksud
-Tidak memahami percakapan orang lain
-Sukar untuk menelan
TTime (Masa)-Hubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan

Rawatan awal untuk penyakit strok adalah sangat penting. Time is brain. 

Penyelidik dari UCLA

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat dua jenis penyakit strok iaitu strok jenis iskemia dan jenis berdarah. Mari kita perhatikan beza kedua-dua jenis strok ini.

Strok Iskemia
Aliran darah mengurang secara mendadak disebabkan saluran darah tersumbat dari bahagian dalam
 
Sekatan yang berlaku disebabkan oleh mendapan bahan-bahan berlemak di dalam saluran darah
 
Darah beku terhasil disebabkan mendapan bahan-bahan berlemak menghalang aliran darah ke otak
 
Darah beku boleh terjadi di dalam otak dan boleh dibawa dari bahagian badan yang lain seperti dari saluran darah di leher
Strok Berdarah
Saluran darah pecah dan menyebabkan darah bocor di dalam otak
Saluran yang yang pecah mengakibatkan pendarahan di dalam otak atau di kawasan sekeliling otak
Pendarahan menyebabkan pembengkakan dan komplikasi
Kiri: Strok iskemia, Kanan: Strok berdarah
Sumber dari https://images.app.goo.gl/g5ZCVRtcmmBjHbi8A

Apabila salah seorang ahli keluarga diserang strok, rawatan awal perlu dibuat bagi mengelakkan kerosakan otak. Jika kerosakan otak berlaku, dimana otak tidak mendapat bekalan oksigen dan sel-sel otak akan mula mati. Hal ini menyebabkan anggota badan yang dikawal oleh otak tidak dapat berfungsi dan menyebabkan pesakit hilang keupayaan pada anggota badan tersebut. Antara tindakan dan rawatan awal yang boleh dibuat oleh ahli keluarga:

  1. Segera membawa pesakit ke hospital untuk mendapatkan rawatan
  2. Baringkan pesakit di tempat duduk belakang kereta dengan kaki dibengkokkan supaya lebih banyak bekalan oksigen dibekalkan ke otak
  3. Tidak memberi apa-apa makanan, air atau ubat-ubatan kepada pesakit untuk mengelakkan keadaan pesakit lebih serius
  4. Jika pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah pesakit daripada masuk ke dalam saluran penafasan pesakit
  5. Membawa dan memberikan kepada doktor ubat-ubatan dan rekod kesihatan pesakit  

Rawatan Pesakit Strok

Rawatan untuk pesakit strok pula bergantung pada jenis strok yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah rawatan awal untuk pesakit strok boleh diamalkan berdasarkan Panduan Pengendalian Strok sebelum dihantar ke bahagian Kecemasan.

  1. Pertolongan cemas
AAirway (Saluran Pernafasan)Pastikan tiada gangguan atau sekatan di saluran pernafasan pesakit
BBreathing (Pernafasan)Pastikan pesakit masih boleh bernafas
CCirculation (Peredaran darah)Periksa nadi pesakit untuk memastikan peredaran darah pesakit
DDisability (Ketidakupayaan)Mengenalpasti ketidakupayaan pesakit alami
EExposure (Pendedahan)Mengenalpasti jika ada kecederaan di bahagian badan pesakit

2. Paras Gula dan Tekanan Darah

Pemeriksaan paras gula dalam darah dan tekanan darah pesakit dilakukan untuk memastikan berada pada paras yang selamat

3. Pemeriksaan Kebolehan Menelan (Swallow Screening)

Pesakit dikehendaki berpuasa sehingga pemeriksaan kebolehan menelan dijalankan

4. Menjalani Ujian Pengimejan Kecemasan (Emergency Imaging)

Pesakit strok yang tiba di bahagian Kecemasan akan menjalani ujian pengimejan kecemasan (Emergency Imaging) dengan CT Scan untuk memastikan pesakit menghidap strok iskemik atau strok berdarah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.