fbpx

Tanggungjawab Seorang Penjaga

Peranan penjaga pesakit strok kurang diberi perhatian sehingga ramai alpa tentang betapa pentingnya tugas penjaga yang menjadi tulang belakang bagi proses penyembuhan seorang pesakit strok. Seorang penjaga boleh tediri dari kalangan ahli keluarga sendiri atau seseorang yang diupah untuk menjaga. Tidak dinafikan tugas menjaga pesakit strok atau penyakit serius yang lain bukanlah mudah. Penjaga perlu menguruskan pelbagai aspek yang sebelum ini diuruskan oleh pesakit itu sendiri seperti makan, minum dan sebagainya.

Seorang pesakit strok yang terlantar di katil tentunya memerlukan bantuan untuk menguruskan keperluan mereka. Antara keperluan pesakit yang perlu diuruskan ialah dari segi fizikal, pengangkutan, kewangan, dan emosi pesakit. Selain itu, hal ehwal pemakanan pesakit, keselamatan pesakit, pengambilan ubat-ubatan, temu janji pesakit di klinik/hospital dan komunikasi juga perlu diambil kira.

Tugas penjaga ialah definasi sebenar seorang adiwira

Kita sering lihat di sosial media di mana ahli keluarga sendiri yang mengisi ruang untuk menjaga ibunya yang diserang sakit strok. Ada yang mengambil cuti tanpa gaji yang panjang atau berhenti kerja demi melunaskan tugas tersebut. Namun, kita terlepas pandang mengenai kesan terhadap individu tersebut baik dari segi mental dan fizikal. Berikut merupakan contoh jadual seorang penjaga pesakit strok di rumah. Berdasarkan jadual tersebut, kita boleh menilai betapa padat dan besarnya pengorbanan mereka.

Rujukan gambar https://www.slideshare.net/ChaiEngTan1/bebanan-jagaan-pesakit-terlantar

Maka, jika kita selaku anak sudah membuat keputusan untuk menjadi seorang penjaga di rumah, kita perlulah membuat persediaan baik dari segi mental ataupun ilmu supaya penjagaan pesakit di rumah tidak terabai. Ciri-ciri seorang penjaga ialah seperti berikut;

  1. Memahami penyakit dan pelan jagaan jangka panjang
  2. Bersedia untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan
  3. Mampu menguruskan keperluan rawatan pesakit
  4. Dapat meluangkan masa
  5. Kerelaan untuk menjaga pesakit
  6. Mempunyai kemampuan fizikal menjaga pesakit
  7. Kemampuan mental dan emosi

Persediaan awal yang rapi ialah langkah terbaik untuk mencegah burnout di kalangan ahli keluarga yang mengambil tugas selaku penjaga. Menurut Dr Jannah Nasution, Pakar Psikiatri UiTM Private Specialist Centre apa saja yang terjadi kepada penjaga akan memberi kesan kepada pesakit. Hal ini kerana, peranan penjaga amat besar dan mereka perlu terus kuat walaupun berdepan saat beremosi melihat ahli keluarga yang sudah tidak seperti dahulu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.