fbpx

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Saya perlukan khidmat penjaga..

Boleh kongsi serba sedikit mengenai SamaSamaJaga?

SamaSamaJaga ialah syarikat yang berdaftar di bawah SSM (Malaysia) yang menawarkan khidmat penjagaan pesakit di rumah khususnya bagi pesakit strok. Anda boleh mencari penjaga yang bertauliah melalui platform kami dan akan dihantar ke rumah anda mengikut tarikh/masa yang anda mahukan.

Adakah penjaga yang dihantar itu bertauliah?

Proses pemilihan kami adalah antara yang mencabar dalam industri ini untuk memastikan kualiti penjagaan. Mereka terdiri daripada penjaga yang mempunyai pengalaman menjaga orang sakit di rumah.

Boleh terangkan dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan Jagaan Bersama?

Perkhidmatan Jagaan Bersama adalah perkhidmatan yang dibangunkan oleh Pasukan SamaSamaJaga untuk membantu keluarga dalam penjagaan pesakit di rumah. Modul ini merangkumi jagaan asas seperti mandi, memberi makanan, mengambil bacaan asas vitals seperti tekanan darah, bacaan gula dan suhu badan.

Di samping itu, penjaga kami juga akan melakukan senaman/fisioterapi ringan berdasarkan jadual yang disediakan. Kesemua maklumat mengenai apa yang dilakukan oleh penjaga kami akan dikongsikan dengan ahli keluarga melalui aplikasi di laman web kami.

Objektif utama kami ialah kami mahukan recovery pesakit strok meningkat dari satu tahap ke tahap yang lain (dari keadaan perlukan bantuan penuh kepada separa penuh dan seterusnya berupaya menguruskan diri dengan sendiri) dalam masa yang terdekat.

JagaRangers tu apa?

JagaRangers ialah nama yang diberi untuk penjaga kami di Sama Sama Jaga.

Apa skop tugasan penjaga (JagaRangers)?

Skop jagaan JagaRangers adalah seperti berikut:

  1. Membantu pesakit mandi di bilik air / atas katil
  2. Membantu pemukaran lampin
  3. Bantuan ke tandas
  4. Pemberian makanan atau ubatan
  5. Fisio atau pergerakan pasiv yang ringan di tangan dan kaki
  6. Menjaga kebersihan katil dan kawasan keliling tempat pesakit
  7. Khidmat teman ke klinik / hospital
  8. Pengambilan bacaan vitals di rumah (tekanan darah / bacaan gula / bacaan oksigen)*
  9. Laporan penjagaan melalui aplikasi SSJ untuk rujukan keluarga

Tugasan apa yang penjaga (JagaRangers) tak termasuk dalam skop?

Tugasan seperti memasak, menyapu rumah, dan menguruskan pakaian kotor ahli keluarga adalah tidak termasuk di dalam skop JagaRangers

Apa yang JagaRangers akan buat bila ibu atau ayah sedang tidur?

Kami menyarankan JagaRangers untuk memaksimakan kehadiran sebaik mungkin dengan membantu mengemas keadaan sekeliling pesakit termasuk kebersihan bilik dll.

Boleh ker saya bawa penjaga ikut kami ke hospital / klinik?

Boleh, selagi masih berada dalam tempoh tempahan masa. Bayaran tambahan akan dikenakan jika melebihi dari masa yang ditetapkan.

Berapa lama tempoh perkhidmatan Jagaan Bersama yang ditawarkan?

Kami menawarkan 3 tempoh perkhidmatan bermula dari 1 bulan, 3 bulan dan 6 bulan. Perkhidmatan yang dijangka melebihi 6 bulan akan dibincang dengan lebih lanjut bersama ahli keluarga.

Adakah penjaga sama yang akan dihantar atau berubah setiap hari/minggu?

Sebaiknya kami akan mengekalkan penjaga yang sama untuk setiap pesakit mengikut tempoh perkhidmatan yang diperlukan. Tetapi, dalam keadaan kecemasan di mana penjaga kami terpaksa mengambil emergency leave atas faktor kesihatan atau masalah lain, pihak SamaSamaJaga akan mencari pengganti secepat mungkin. Jika penjaga kami tak dapat mengambil slot tersebut, pihak SamaSamaJaga akan refund / deduct dari pembayaran yang dibuat mengikut jumlah hari yang tidak ada penjaga.   

Adakah saya perlu sediakan makanan untuk penjaga?

Tidak, penjaga kami disaran untuk membawa atau menyediakan makanan mereka sendiri.

Boleh kami cuba dulu perkhidmatan ini secara percuma?

Maaf, kami tiada tempoh percubaan tetapi anda boleh menggunakan pakej JB Fokus untuk melihat sama ada penjaga kami serasi atau tidak dengan pesakit di rumah. Jika tidak serasi, anda boleh meminta pertukaran penjaga.

Berapakah harga perkhidmatan Jagaan Bersama dan bagaimana proses pembayaran?

Kiraan kami adalah berdasarkan jumlah jam dan hari. Kadar kiraan bermula RM27 per jam* dan tertakluk kepada terma dan syarat.


Bayaran boleh dibuat melalui sistem kami selepas pendaftaran dibuat. Kami terima kaedah pembayaran secara talian (FPX) dan juga kad kredit.

Kami mengambil deposit 50% ketika pesanan dibuat dan baki pembayaran dibuat pada hari pertama penjagaan.

 

Bolehkah kami ahli keluarga berkongsi dalam membuat pembayaran?

Kami dalam proses menyediakan sistem untuk ahli keluarga sama-sama membayar jumlah harga bagi perkhidmatan Jagaan Bersama kerana kami percaya dengan nilai kebersamaan dalam keluarga. Harapan kami, berat akan sama dipikul dan ringan akan sama dijinjing.

SSJ ada tak mobile app macam Grab untuk booking?

Ada, cuma buat masa ini masih lagi perlu dibuka melalui aplikasi web. Kami dalam proses untuk menjadikan dalam bentuk aplikasi telefon.

Kami lebih selesa menghantar ke rumah jagaan orang tua. Pihak SamaSamaJaga ada sediakan rumah/pusat jagaan?

Buat masa ini kami tidak menyediakan rumah atau pusat jagaan tetapi kami ada menyediakan senarai rumah/pusat jagaan untuk rujukan anda supaya anda dapat memilih yang terbaik untuk ahli keluarga anda.

Ini adalah pautan yang dimaksudkan;

https://nursinghome.samasamajaga.com

Saya ingin menjadi penjaga..

Saya layak ker?

Untuk pengetahuan anda, semua orang berkelayakan untuk menjadi penjaga dan sebaiknya ahli keluarga pesakit itu sendiri kerana ia boleh dilatih. Yang penting, anda mempunyai minat yang mendalam dalam penjaga pesakit di rumah kerana tugasnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Saya berminat dan saya seorang graduan Kejururawatan

Pertamanya jika anda berminat, anda boleh menghubungi kami di hello@samasamajaga.com atau hubungi kami di pautan ini:

wasap.la/sayaberminat

Sejurus selepas itu, pihak kami akan menghubungi anda melalui email untuk mengaturkan sesi latihan bersama pasukan SamaSamaJaga. Sesi tersebut merangkumi crash-course atau ulangkaji mengenai asas-asas menjagaan pesakit menggunakan modul kami beserta penggunaan sistem aplikasi SamaSamaJaga ketika menjalankan tugas.

Hanya selepas sesi tersebut, barulah anda dikira bersedia untuk dihantar ke rumah pesakit.

Saya ada kerja shift di Hospital/Klinik, boleh saya turut serta SamaSamaJaga secara part-time?

Perkhidmatan Jagaan Bersama akan berlangsung dari 7.30 pagi – 5.30 petang, selama 5 hari (Isnin – Jumaat) dan mengikut tempoh yang dipersetujui oleh pembeli sama ada 1 bulan, 3 bulan atau 6 bulan. Maka jika anda mempunyai kerja tetap / shift di Hospital, ini akan memberi cabaran kepada anda untuk mengagihkan masa tanpa memberi kesan kepada kerja hakiki anda.

Kalau macam tu, siapa yang benar-benar sesuai untuk turut serta?

Sasaran kami ialah graduan Kejururawatan yang baru tamat diploma/degree dan masih lagi menunggu penempatan di Hospital. Kami mahu memberi peluang kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di Kolej/Universiti sementara menunggu di samping dapat menjana pendapatan tambahan.

Adakah saya akan berkhidmat secara tetap?

Tidak. Anda hanya akan terikat secara kontrak dengan tempoh masa yang dibayar oleh pengguna perkhidmatan Jagaan Bersama (1 bulan – 6 bulan).

Saya mendapat penempatan di Hospital secara mengejut tetapi saya masih lagi di dalam kontrak SamaSamaJaga. Apa yang patut saya buat?

Tiada masalah, anda boleh melapor diri di Hospital seperti yang tertera dalam surat penempatan. Pihak SamaSamaJaga akan memaklumkan hal ini kepada pengguna dan penjaga yang baru akan dihantar ke rumah mereka.

Berapakah bayaran yang saya akan terima?

Anda akan terima bayaran dalam linkungan RM2,400 – RM3,500 sebulan. Bayaran akan dimasukkan ke dalam wallet di aplikasi SSJ dan anda boleh keluarkan mengikut keselesaan anda.

Bolehkah saya nk kerja secara kontrak dengan SamaSamaJaga untuk jangka masa panjang?

Tiada masalah cuma kami mengambil kira niat/impian setiap graduan Kejururawatan yang ingin berkhidmat di Hospital. Maka atas sebab itu, kami hanya mengikat kontrak berdasarkan tempoh masa yang pengguna bayar untuk perkhidmatan Jagaan Bersama. Tetapi, jika anda sudah membuat hubungan baik dengan keluarga pesakit dan mereka pun mahukan perkhidmatan anda untuk jangka masa yang panjang, kami amat mengalu-alukan.