
Perkhidmatan Jagaan Bersama
Perkhidmatan Jagaan Bersama (JB) boleh ditempah mengikut kesesuaian waktu anda. Tugas penjaga merangkumi memandikan pesakit, pemberian makanan dan ubat, memusingkan pesakit setiap 2 jam (jika lumpuh), mengambil bacaan vitals seperti tekanan darah, gula, suhu dll (jika alatan tersebut ada dirumah pesakit) dan fisioterapi ringan (gerakan sendi-sendi utama bagi mengelakkan sendi menjadi kaku).
Maklumat penjagaan di hujung jari anda
Anda tidak perlu gusar walaupun tidak berada di samping ibu/bapa anda di rumah kerana sepanjang tempoh penjagaan, setiap tugasan akan dilaporkan melalui aplikasi kami yang boleh di lihat oleh setiap ahli keluarga secara real-time. Terasa jauh tapi dekat di hati.


Hubungi kami untuk dapatkan sesi konsultasi percuma mengenai jagaan di rumah
Ya, kami faham tentang cabaran dalam memberi komitmen dan perhatian yang penuh dalam menguruskan penjagaan ibu/bapa di rumah. Atas sebab itu, kami percaya tanggungjawab itu boleh diringankan oleh pihak kami melalui Jagaan Bersama kerana proses pemulihan yang lancar ialah keutamaan pasukan kami.