fbpx

Jururawat: Kerjaya Mulia

Lady with The Lamp

Gelaran tersebut diberikan kepada pengasas kejururawatan moden Florence Nightingale (12 mei 1820 – 13 Ogos 1910). Beliau mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852-1854). Beliau mendapat gelaran tersebut kerana dengan beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang cedera dan berada di dalam kesakitan dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk. Sejak dari peperangan itu, wanita-wanita yang mempunyai Pendidikan tinggi dan sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan. Bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia.

Sumber dari https://images.app.goo.gl/zgTPyH8VkqZjj9tA7

Kejururawatan di Malaysia

Sejak tahun 1800, kerjaya jururawat telah bermula di Malaysia. Perkhidmatan pertama kejururawatan bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota East India Co. yang digantikan kemudiannya oleh nuns Katholik. Latihan jururawat yang pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 dan terhenti pada tahun 1942-1945 kerana peperangan dunia yang ke dua. Selepas daripada itu, Sekolah Kejururawatan mula ditubuhkan pada tahun 1946 di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1951, system penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya.

“Kerjaya jururawat mengabungkan antara seni dan sains”

Kerjaya jururawat mengabungkan antara seni dan sains di mana mereka mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa dan membantu mereka yang tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri. Selainitu, kerjaya jururawat mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik dan membantu pesakit yang tenant mengekalkan kesejahteraan sehingga akhir hayat mereka.

Kerjaya jururawat adalah kerjaya yang dinamik dan sentiasa berkembang seiring dengan pembangunan dan kemajuan teknologi terkini dalam bidang perubatan dan perawatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak dunia perubatan semasa. Oleh itu, kerjaya jururawat di Malaysia sentiasa menerima perubahan, penambahbaikan dan peningkatan dalam perkhidmatan seiring dengan era globalisasi kea rah mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negara maju. Taraf kerjaya jururawat telah dipertingkatkan dari skim perkhidmatan di dalam kumpulan sokongan melalui mewujudkan skim perkhidmatan yang dikenali sebagai Skim Perkhidmatan Bersepadu.

Ciri-ciri Jururawat

Ciri-ciri seorang jururawat yang diperlukan ialah penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, berupaya berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif. Jururawat sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran penjagaan perwatan dan perubatan terkini. Seorang jururawat sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai taraf kerja yang cemerlang. Jururawat perlu berfikiran kritis, sentiasa kreatif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, ciri-ciri kepimpinan dan mempunyai kepakaran dalam bidang perawatan kepakaran tertentu. Jururawat juga perlu berdisplin, bekerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.

Nilai Budaya Kejururawatan – 10 ‘S’

  1. Segera
    • Bertindak mengikut keutamaan seperti mendahulukan pesakit yang kritikal
    • Tunjukkan kesungguhan dan keikhlasan semasa memberi perkhidmatan
    • Memberi informasi yang betul dan tepat dengan bahasa yang mudah difahami
  2. Senyum
    • Pandang dan senyum mengikut keadaan dan situasi pelanggan
    • Senyum dengan ikhlas
    • Senyuman adalah penawar, ibadah dan merupakan sedekah
  3. Salam
    • Beri salam/ ucap salam/ sambut salam
    • Kenalkan diri dengan nada yang lembut dan sopan
    • Menghormati adat budaya/adat resam setiap kaum
    • Panggilan mengikut nama dan pangkat
  4. Sensitif
    • Menunjukkan sikap mesra pelanggan
    • Menerima pelanggan tanpa syarat (tidak membezakan agama/bangsa dan jenis penyakit)
    • Menangani masalah perawatan dengan mahir dan professional
  5. Sopan
    • Sopan dalam komunikasi
    • Guna bahasa dan intonasi yang menyenangkan
    • Bersopan santun dalam menjalankan tugas
    • Sentiasa peka dengan bahasa badan pelanggan
    • Pamerkan tingkahlaku yang baik setiap masa
    • Mengekal dan mengukuhkan semangat keharmonian di tempat kerja
    • Menghormati pelanggan dan waris
    • Mengenali dan menghormati ketua/pemimpin
  6. Sentuhan
    • Tunjukkan keikhlasan dalam sentuhan
    • Empati semasa menyentuh pelanggan
    • Memberikan sentuhan secara fizikal, psikologikal dan terapeutik
    • Mengetahui batas-batas sentuhan mengikut agama dan budaya
  7. Segak
    • Pakaian seragam kemas dan lengkap
    • Pamerkan imej dan ketrampilan diri yang menyakinkan
    • Sentiasa memberi keyakinan
  8. Semangat
    • Perasaan yang mendalam terhadap keseronokan bekerja didalam sesuatu bidang yang diceburi dan melakukan dengan sepenuh jiwa raga demi untuk pencapaian kerja
  9. Selidik
    • Menghasilkan satu penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dikenalpasti dengan melakukan kajian
  10. Selia
    • Pemantauan yang mesti dilakukan secara berterusan diantara semua kakitangan kepada anggota di bawah seliaannya

Etika Jururawat

  • Etika bermaksud perwatakan dan keperibadian dan aspek-aspek yang berkenaan dengan kebaikan dan mengelakkan diri daripada mencederakan orang.
  • Etika kejururawatan memberi standards untuk kelakukan professional dan ianya adalah pengajian tentang prinsip-prinsip dalam amalan yang betul dan salah dalam kejururawatan. Etika kejururawatan merangkumi panduan tingkah laku ikhtisas jururawat dalam perhubungan mereka dengan pesakit, rakan sejawat dan masyarakat. Panduan ini terkandung dalam tatatertib majlis jururawat antarabangsa untuk jururawat.
  • Bioetika, bio bermaksud kehidupan dan bioetika ialah etika berkaitan dengan kehidupan. Dalam amalan, bioetika dipraktikkan sebagai etika perubatan iaitu aspek-aspek berkenaan melakukan kebaikan dan mengelakkan diri dari mencederakan orang dalam bidang perubatan.

The International Code of Nursing Ethics

  1. Nurses and People
    • Jururawat bertanggungjawab untuk memberi jagaan perawatan kepada orang lain.
    • Semasa memberi penjagaan, jururawat menghormati hak-hak manusia, nilai, adat dan kepercayaan rohani seseorang individu, keluarga dan masyarakat.
    • Jururawat memberi penerangan yang mencukupi kepada pesakit supaya pesakit dapat memberi kebenaran tentang penjagaan dan membuat pemilihan rawatan.
    • Jururawat mengekalkan kerahsiaan pesakit dan berkongsi maklumat ini dengan orang yang berkaitan atau berkenaan sahaja.
    • Jururawat menjalankan tugasan atau mengambil tindakan untuk meningkatkan keperluan masyarakat.
    • Jururawat bertanggungjawab untuk menentukan suasana yang selamat
  2. Nurse and Practice
    • Jururawat bertanggungjawab ke atas amalan kejururawatan dan perlu mengekalkan kemahiran dengan pembelajaran berterusan.
    • Jururawat perlu menjaga kesihatan diri supaya dapat memberi penjagaan yang sempurna
    • Jururawat perlu menerima menerima atau mengagihkan sesuatu tanggungjawab mengikut kemahiran individu.
    • Jururawat perlu mengekalkan standard pada setiap masa dalam amalan harian untuk meningkatkan imej profesion dan keyakinan orang ramai.
    • Jururawat memastikan penggunaan alatan sains dan teknologi adalah berdasarkan kepada keselamatan dan menghormati hak-hak orang lain.
  3. Nurse and Society
    • Jururawat dan masyarakat berkongsi tanggungjawab dalam pelaksanaan atau memberi sokongan untuk memenuhi keperluan kesihatan sosial orang awam, contoh kempen.
  4. Nurse and Co-workers
    • Jururawat mengekalkan perhubungan Kerjasama dengan rakan sebaya dalam bidang kejururawatan dan bidang lain.
    • Jururawat mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi individu apabila jagaanya terancam oleh rakan sebaya atau orang lain.
  5. Nurse and Profesion
    • Jururawat memainkan peranan yang penting dalam implementasi standard dalam amalan klinikal pengurusan, kajian dan Pendidikan.
    • Jururawat meningkatkan pengetahuan melalui kajian.
    • Jururawat memberi perkhidmatan melalui organisasi professional dan memastikan suasana kerja yang sesuai dan selamat.
Rujukan
  1. Aplikasi Konsep 10s Dalam Kejururawatan. (2013, Februari 27). Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/AsslinaTior/aplikasi-konsep-10-s
  2. Kerjaya Jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia 2011. (2011). Dimuat turun daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Borang/Muatturun%20Borang%20Bhg%20Jururawat/Kerjaya_Jururawat.pdf
  3. Code of Nursing Ethics. (2013, Januari 24). Dimuat turun daripada https://www.slideshare.net/fatineha1/code-of-nursing-ethics-16150473

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.