fbpx

Blog

Upah Jaga Orang Tua – Salah Ke?

Tidak dinafikan tugas utama anak-anak untuk menjaga ibu bapa mereka. Jika dahulu ibu bapa yang telah menjaga dan membesarkan kita ketika kecil dengan penuh kasih sayang, dan kini apabila besar kita mahu beri tanggungjawab itu kepada orang lain? Salah ke?

Jawapan tersebut adalah terpulang kepada individu itu sendiri. Bukan semua orang boleh jaga atas kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti tinggal berjauhan, waktu kerja dan masa yang terhad. Keadaan akan jadi bertambah sukar apabila, orang tua kita sudah mula jatuh sakit dan memerlukan pemantauan sepenuh masa. Hal ini, pasti akan menimbulkan rasa bimbang di kalangan ahli keluarga tentang siapa yang boleh menjaga pesakit. 

Jika ada ahli keluarga yang tidak bekerja, dan menawarkan dirinya untuk menjaga pesakit pasti memberikan kelegaan kerana penjaga di kalangan ahli keluarga sendiri. Penjagaan akan menjadi lebih mudah kerana penjaga sudah memahami pesakit. 

Bagaimana bagi mereka yang semua ahli keluarga bekerja dan tiada orang untuk menjaga pesakit? Perlukah berhenti kerja? Perlukah mereka berpindah? Bagaimana sumber pendapatan? Kenal pasti tanda-tanda anda memerlukan penjaga.

Jika anda memilih untuk upah jaga orang tua, tidaklah menjadi satu kesalahan. Malah dengan memberikan upah jaga orang tua itu juga anda telah menjalankan tanggungjawab dalam memastikan pesakit mendapat jagaan yang baik daripada profesional.

Kami percaya pada masa kini pasti ramai yang telah ada kesedaran yang positif tentang keperluan untuk upah jaga orang tua.

Kesimpulannya, mereka berhak membuat keputusan atas keluarga sendiri. Tetapi bagi mereka yang memilih untuk upah jaga orang tua, anda tidak salah. Kami ada untuk membantu menjaga ketika anda keluar bekerja. Keluarga anda, keluarga kami juga. Jom kita sama-sama jaga ♥︎

Penjaga Orang Tua di Rumah

Jika anda merupakan ahli keluarga yang dalam dilema untuk menjaga orang tua sendiri atau mengupah penjaga orang tua di rumah, berikut merupakan 5 tanda-tanda anda memerlukan penjaga:

  1. Kekangan masa

Bagi mereka yang bekerja pasti sukar untuk membahagikan masa kerana komitmen kerja. Ada di antara mereka yang mengambil cuti panjang dan ada juga terpaksa berhenti kerja. Pada zaman kini, tidak relevan untuk berhenti kerja kerana menjejaskan sumber pendapatan isi rumah. Jadi timbul isu dimana perlu bekerja dan dalam masa yang sama tanggungjawab untuk menjaga orang tua di rumah. 

  1. Tidak berpengalaman

Jika yang orang tua atau ahli keluarga yang menghidap strok atau dementia pasti anda akan mengalami kesukaran dalam menguruskan mereka. Hal ini kerana diri pesakit sendiri yang telah berubah secara fizikal dan mental disebabkan oleh penyakit mereka. Tanpa ilmu yang betul dalam menjaga pesakit pasti akan memberi tekanan ketika menjaga pesakit. 

  1. “Burn-out”

Dalam menguruskan orang tua terutama yang terlantar di katil, pasti lama kelamaan akan berasa “burn-out”.

Hal ini, boleh difahami kerana rutin harian yang sama dan faktor persekitaran. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik Jírů-Hillmann dan kumpulannya mendapati majoriti ahli keluarga mahu menjaga pesakit itu sendiri tetapi dalam masa yang sama mereka berisiko untuk “burn-out” dan akan menjejaskan kesihatan diri sendiri. Menurut hasil kajian yang telah diterbitkan dalam Journal of Family Medicine and Disease Prevention, sokongan oleh pakar kesihatan akan mengurangkan tekanan. Corak sokongan ini dan penjagaan jangka panjang dapat meringankan beban ahli keluarga amat diperlukan.

  1. Tinggal berasingan dan jauh

Bagi ahli keluarga yang tinggal berasingan dan jauh pasti tidak mudah untuk mereka menjaga dan memantau keadaan kesihatan orang tua mereka kerana terikat dengan pelbagai komitmen dan tidak mampu untuk berulang-alik ke kampung. Mereka pasti memerlukan bantuan orang yang terdekat seperti penjaga orang tua untuk menjaga dan memastikan orang tua mereka berada dalam keadaan selamat dan terurus.

  1. Lebih percaya kepada penjaga profesional

Apabila mendapat penjagaan yang betul dari penjaga profesional, ini akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan boleh kembali aktif atau sekurang-kurangnya boleh menguruskan diri sendiri. Seperti contoh seorang doktor yang mempunyai ciri empati terhadap pesakit akan membantu pesakit berfikiran terbuka dan mematuhi pelan rawatan dengan lebih baik serta peluang untuk sembuh.

Menurut penyelidik David Rakel dari Universiti Mexico, ciri-ciri penjaga orang tua yang memberikan harapan, kepercayaan, kebijaksanaan, berterima kasih dan saling menghormati membantu dalam proses penyembuhan.

Jika anda membuat keputusan untuk mengupah penjaga orang tua di rumah tidaklah menjadikan anda seorang anak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mampu menjaga orang tua sendiri.

Nurses in Malaysia

A nurse is a caregiver for patients and helps to manage physical needs, prevent illness, and treat health conditions. To do this, they need to observe and monitor the patient, recording any relevant information to aid in treatment decision-making. Throughout the treatment process, the nurse follows the progress of the patient and acts accordingly with the patient’s best interests in mind. The care provided by a nurse extends beyond the administration of medications and other therapies, are responsible also for the holistic care of patients, which involves the psychosocial, developmental, cultural, and spiritual needs of the individual.

Healthcare In Malaysia, Present & Future

The future of healthcare is shaping up, right in front of our eyes with advances in digital healthcare technologies – AI (artificial intelligence), VR/AR, 3D Printing, robotics and nanotechnology. Malaysia offers some of the best healthcare in South-East Asia, as such, there is a growing medical tourism sector in the country.